Sabtu, 4 Julai 2009

Ciplak Karangan

Karya penulis berjudul Sejarah Rasul Ulul Azmi Terbesar Nabi Muhammad SAW setebal 1500 muka surat telah diciplak dan diberi nama pengarangnya Maulana Syed Abul Hasan Ali an-Nadwi, seorang pendakwah, ulama', pengarang dan pemikir India yang terkemuka. Untuk makluman para pembaca blog saya yang budiman semua, bahawa sesungguhnya karangan saya ini ditulis sekitar akhir tahun 1999 dan siap serta diterbitkan pada tahun 2000 masehi. Manakala Maulana An-Nadwi meninggal dunia pada 31 Desember 1999 ketika berusia 86 tahun.

Peribadi Penulis

Tarikuddin bin Haji Hassan dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan kira-kira 52 tahun yang lampau ( sekarang tahun 2009 ). Memulakan pendidikan di sekolah kebangsaan Mekasar Pasir Mas pada tahun 1964. Melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di sekolah menengah Lemal Pasir Mas ( sekarang nama barunya Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Panglima Raja ). Mengulangi pengajian di peringkat SPM di sekolah swasta Abdul Kadir Adabi Pasir Mas mendapat gred ke 2. Pernah mencuba mengambil peperiksaan STPM pada tahun 1978 dengan cara belajar sendiri, tetapi gagal. Beliau hanya berkebolehan di dalam mata pelajaran agama, sastera melayu dan sejarah. Tidak pernah mencuba mengambil pengajian PJJ kerana faktor usia dan tiada minat.
Pernah belajar agama di pondok Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah selama hampir dua tahun ( 1976 - 1978 ). Mula menulis rencana agama pada tahun 2000 dan dihantar ke penerbitan Suara Masjid Negara dan mendapat tempat yang selesa. Mengembangkan lagi ke JAKIM dan dimuatkan beberapa kali di dalam majalah SINAR ROHANI. Juga giat menulis cerpen dan diterbitkan beberapa kali oleh akhbar Utusan Zaman ( Jawi ). Kemudian menulis dan menyusun dengan gigih kisah-kisah sejarah berkaitan kenabian dan perjuangan Nabi Muhammad saw serta para sahabat baginda. Kini buku-buku berkaitan sejarah Islam karangan beliau sudah 9 buah yang telah dipasarkan melalui Syarikat Perniagaan Jahabersa. Selain menulis buku-buku bercorak sejarah Islam, dia juga ada menulis sebuah buku novel berjudul Nur Penyuluh Hidayah yang diterbitkan oleh penerbitan Rhytham Pulau Pinang dan mendapat sambutan yang baik juga kerana mengulangi cetakan kali kedua.
Memang sudah lama berkahwin dan dikurniakan lima orang anak hanya seorang lelaki sahaja. Bekas graduate Universiti Islam Antarabangsa dan sekarang bertugas sebagai Pensyarah di IIC cawangan Batu Cave.
Sekian serba sedikit tentang pengarang atau penulis blog ini serta keluarga.